• Home
  • Bachelor Of Science (Hons) Actuarial Science

Bachelor Of Science (Hons) Actuarial Science

Course Information

Mode: Physical
Duration: 48 Month
Intakes:

September

Campus:

Bangi

Type: Full-time Study
Application fees: 10000 RM
Tuition fees: 16000.00 RM

Course Overview

Program ini dimulakan pada tahun 1988 di bawah Jabatan Statistik, Pusat Pengajian Kuantitatif. Sekarang program ini merupakan salah satu program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi.

Program ini dibentuk untuk memberikan asas sains aktuari yang kukuh serta menawarkan pelbagai kursus matematik, statistik, penghitungan dan asas-asas sains yang lain. Di samping itu, program ini menawarkan silabus asas untuk siswazah menduduki peperiksaan ikhtisas yang diiktiraf oleh badan ikhtisas luar negara seperti Society of Actuaries (USA), Casualty of Actuarial Society (USA) dan Institute of Actuaries (UK). Program ini menyediakan siswazah kerjaya dalam bidang aktuari, insurans, kewangan, pengurusan, perbankan dan bidang kuantitatif lain.

Beberapa kursus yang ditawarkan oleh Program Sains Aktuari di Universiti Kebangsaan Malaysia seperti STQS2234 Pemodelan Statistik, STQP1513 Asas Ekonomi I dan STQP1523 Asas Ekonomi II telah mendapat kelulusan kredit Validation by Educational Experience (VEE) daripada Society of Actuaries (USA), Casualty Actuarial Society (USA) dan Canadian Institute of Actuaries (Canada).

Universities Offering This Course