• Home
  • Bachelor Of Science (Hons) Geology

Bachelor Of Science (Hons) Geology

Course Information

Mode: Physical
Duration: 48 Month
Intakes:

September

Campus:

Bangi

Type: Full-time Study
Application fees: 10000 RM
Tuition fees: 17200.00 RM

Course Overview

Geologi merupakan rangkai kata Yunani ’geo’ yang bermakna Bumi dan ’logos’ yang bermakna ilmu. Ilmu tentang Bumi ini merangkumi asal mulanya, kandungannya, serta sejarah perkembangannya. Daripada bidang yang deskriptif dan bersifat falsafah, geologi memadukan pengetahuan matematik, kimia, fizik dan biologi untuk sampai kepada fungsinya yang utama dan dinamik iaitu mencari sumber bumi (air tanah, mineral logam, petroleum mentah, gas asli, mineral radioaktif dan bahan binaan) yang diperlukan untuk membangunkan peradaban manusia. Kini geologi moden, lebih dikenali geosains, memperluaskan cakupannya daripada geologi ekonomi dan geologi petroleum ini kepada geologi kejuruteraan. Ahli geologi kini bekerja seiring dengan jurutera awam dan geoteknik dalam menyediakan maklumat geologi supaya pembinaan infrastruktur yang besar-besar seperti empangan, jambatan, bangunan pencakar langit dan lapangan terbang selamat dan bersifat jimat kos. Ahli geologi melalui bidang geologi sekitaran mengkaji penyebab geobencana seperti tanah runtuh, aliran lumpur, gempa bumi, tsunami, gunung berapi dan seumpamanya dan mencari jalan mengurangkan kerosakan dan membina sistem amaran.

Meskipun objektif Program ialah menyediakan ahli geologi yang bersedia untuk menceburi mana-mana bidang utama iaitu geologi petroleum, geologi perlombongan dan geologi kejuruteraan, sedikit kebebasan diberi kepada pelajar memilih bidang yang mereka minati melalui tujuh pakej. Pakej ini membolehkan pelajar berbeza sebanyak 6 jam kredit daripada rakan mereka dari pakej yang lain. Kursus-kursus pakej ini diberikan di tahun tiga pengajian. Pakej-pakej tersebut ialah:

• Geologi Tulen

• Geologi Petroleum

• Geologi Perlombongan

• Geologi Kejuruteraan

• Geologi Kuaterner

• Geologi Sekitaran

• Geologi Pemuliharaan dan Pelancongan

Universities Offering This Course