Mikrobiologi adalah cabang biologi yang memperihalkan kewujudan, peranan dan kegunaan organisma mikroskopik seperti bakteria, kulat, virus, alga dan arkae. Program mikrobiologi melengkapkan pemahaman pelajar mengenai kepelbagaian mikroorganisma (bakteriologi, mikologi, virologi), pengendaliannya, aktiviti mikrob di peringkat sel dan molekul serta hubungkait/saling tindak di antara organisma. Kepentingan mikrob dalam bidang industri, persekitaran, perubatan, ekologi, pertanian dan makanan dihuraikan. Mikrobiologi melibatkan dan menyatukan bidang-bidang lain dalam biosains dan menjadi teras kepada bioteknologi. Program ini berusaha untuk menghasilkan prasiswazah yang berilmu dan berkeupayaan mengembangkan ilmu mikrobiologi untuk kesejahteraan masyarakat.