• Home
  • Bachelor Of Science (Hons) Nuclear Sciences

Bachelor Of Science (Hons) Nuclear Sciences

Course Information

Mode: Physical
Duration: 48 Month
Intakes:

September

Campus:

Bangi

Type: Full-time Study
Application fees: 10000 RM
Tuition fees: 17200.00 RM

Course Overview

Sains Nuklear merupakan satu cabang ilmu sains yang membabitkan pengeksploitasian penggunaan punca sinaran dari unsur radioanuklid tabii dan buatan serta mesin bagi kesejahteraan kehidupan. Sains Nuklear adalah satu bidang bersifat multidisplin yang memerlukan pengetahuan asas fizik, kimia, biologi dan matematik yang mantap. Bidang ini pada asasnya membabitkan tindak balas dan perubahan yang perlaku pada peringkat nukleus sesuatu unsur. Pelajar yang mengikuti Program Sains Nuklear akan mempelajari pelbagai aspek termasuklah asal-usul sinaran tabii dan buatan; punca dan kaedah penghasilan sinaran tabii dan buatan; kesan sinaran ke atas bahan, kehidupan dan sekitaran; aspek keselamatan, peraturan dan perundangan membabitkan penggunaan teknologi nuklear dan sinaran serta manfaat yang boleh digunapakai untuk kesejahteraan ummah. Aspek penggunaan ini merangkumi pelbagai potensi penggunaan dan penggunaan terkini di Malaysia dan juga global seperti bidang perubatan; pembuatan; penjanaan tenaga daripada bahan radioaktif uranium dan plutonium; bidang pertanian dan makanan; radiografi dan ujian tanpa musnah serta dalam bidang persekitaran, penyelidikan dan barangan pengguna.

Universities Offering This Course