• Home
  • Bachelor Of Science (Hons) Physics

Bachelor Of Science (Hons) Physics

Course Information

Mode: Physical
Duration: 48 Month
Intakes:

September

Campus:

Bangi

Type: Full-time Study
Application fees: 10000 RM
Tuition fees: 17200.00 RM

Course Overview

Program Fizik pada asalnya adalah Jabatan Fizik di Fakulti Sains (FS). Jabatan ini ditubuhkan seiring dengan penubuhan UKM pada Mei 1970. Pada tahun 1983, jabatan ini diletakkan di bawah Fakulti Sains Fizis dan Gunaan (FSFG). Pada tahun 1999, FSFG bersama-sama dengan tiga fakulti lain distruktur semula menjadi Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Jabatan Fizik juga telah bertukar nama menjadi Program Fizik yang diletakkan di bawah Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG).

Di bawah struktur FST, Program Fizik merupakan salah satu program di bawah Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG). Program PPFG yang lain adalah Program Sains Bahan dan Sains Nuklear. Sejak 1999, Program Fizik telah melahirkan 600 orang graduan sehingga tahun 2007.

Kursus yang disediakan di Program Fizik merangkumi kursus asas dan kursus gunaan. Contoh kursus asas adalah mekanik, elektromagnetisme, fizik atom, jirim dan tenaga, termodinamik, mekanik statistik dan mekanik kuantum. Contoh kursus gunaan pula adalah astronomi, astrofizik dan fotonik.

Disiplin fizik tidak dapat lari dari teknik matematik, statistik, elektronik dan komputasi. Dengan demikian, kursus seperti fizik matematik, fizik statistik, instrumentasi dan kaedah berangka turut disajikan.

Penggunaan ilmu fizik dalam kehidupan seharian juga didedahkan kepada pelajar melalui kursus pilihan. Contoh kursus adalah Teknologi Tenaga Suria, Resonans Magnet Elektron, Fizik Sinaran Perubatan, Superkonduktor dan sejarah Pemikiran Fizik.

Selain dari kursus biasa yang dikendalikan dalam kelas, terdapat juga kursus yang dijalankan di dalam makmal. Tujuannya untuk melengkapkan pelajar dengan teknik penyelidikan. Contoh kursus ini adalah: Makmal Fizik I untuk pelajar tahun pertama, Makmal Fizik II untuk tahun kedua dan Latihan Ilmiah I & II untuk tahun ketiga iaitu tahun akhir.

Untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik), pelajar juga diperlukan untuk mengikuti kursus bukan fizik. Kursus ini diberi taraf wajib fakulti (WF), luar pusat (LP), pilihan bebas (PB), universiti (U) dan ko-kurikulum (KoK). Kursus WF adalah kursus Bahasa Inggeris; kursus LP adalah dari program lain dalam FST; kursus PB adalah dari luar FST; dan kursus U adalah dari Pusat Pengajian Umum, dan kursus KoK adalah dari Pusat Pembangunan Mahasiswa. C

adangan satu kursus atau program bari di UKM sebelum dilaksanakan perlu melalui peringkat penilaian di program, pusat pengajian, fakulti dan Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan Akademik (JPPA) Universiti dan Fakulti.

Universities Offering This Course