Course Overview
Pelajar yang mengambil matematik sebagai bidang pengkhususan akan didedahkan dengan ilmu bercorak teori dan juga gunaan. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teknik penyelesaian masalah secara analisis dan berangka. Pelajar juga akan diajar untuk mentakrif masalah, memahami permasalahan yang dinyatakan dan ini akan mencorak kreativiti para pelajar dalam menangani teknik penyelesaian dan pembuktian.