University Kebangsaan Malaysia Campus
University Kebangsaan Malaysia logo

University Kebangsaan Malaysia

Institution Overview

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Jawi: ‏اونيۏرسيتي كبڠسأن مليسيا‎‎) adalah universiti penyelidikan awam Malaysia yang ditubuhkan pada 18hb Mei 1970 dan berpusat di BangiSelangor. Kampus Bangi yang merupakan kampus induk menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran universiti, 9 fakulti, 9 kolej kediaman dan 8 institut penyelidikan manakala Kampus Kuala Lumpur menempatkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPPKK UKM), 4 fakulti, 2 kolej kediaman dan 1 institut penyelidikan. Antara institut penyelidikan yang terkenal di UKM adalah KITA-UKM, IKMAS, ATMA, UMBI dan INBIOSIS.

Universiti Kebangsaan Malaysia ialah salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia. UKM adalah universiti terbaik ke-160 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2020.[2] Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia. Ia juga adalah satu-satunya universiti dari Malaysia yang telah disenaraikan di dalam Quacquarelli Symonds (QS) 'Top 50 Universities Under 50 Years Old' yang dijalankan pada tahun 2012, di mana ia mendapat universiti terbaik ke-31. Ia juga adalah universiti terbaik ke-56, mengikut Rankings Universiti Asia QS Top 500 yang dijalankan pada tahun 2014 dan 2015. Selain itu, ia adalah universiti terbaik ke-184 di dunia mengikuti QS World University Rankings 2019, yang menjadikannya universiti peringkat tertinggi di peringkat antarabangsa.

Contact Details

  • University Kebangsaan Malaysia
  • Lingkungan Ilmu, 43600 Bangi, Selangor
  • Phone: 03-8921 5555